Wednesday, May 13, 2020
Senior Asisten Komisioner (SAC) Tuan Abdul Razak bin Hj Mohd Yusoff merupakan Komander Unit 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas, Polis DiRaja Malaysia.
Senior Asisten Komisioner (SAC) Tuan Abdul Razak bin Hj Mohd Yusoff merupakan Komander Unit 69 Komando, Pasukan Gerakan Khas, Polis DiRaja Malaysia.
Beliau telah memulakan kerjaya dalam PDRM pada 14 September 1986 sebagai Inspektor Percubaan di Pusat Latihan Polis Malaysia (PULAPOL) dan menjalani Kursus Asas Polis Hutan di Ulu Kinta, Perak. Setelah tamat latihan, beliau telah diserapkan ke Unit 69 Komando PPH (VAT 69).
Berdasarkan minat kepada tugas yang lebih mencabar beliau dengan sukarelanya mengikuti pemilihan awal dan seterusnya menjalani latihan Asas Unit 69 Komando PPH, yang kini dikenali sebagai 69 Komando @ VAT 69 (Very Able Troopers). Beliau telah lulus dengan jayanya dan diiktiraf sebagai anggota Komando pada 18 Julai 1987.
Untuk rekod, pada 2 Julai, 2000 sekumpulan kira-kira 15 orang anggota Al-Ma’unah yang memakai uniform lengkap tentera melarikan lebih 100 senjata dan beribu-ribu peluru dari dua kem tentera di Gerik dan menahan empat tahanan ketika bersembunyi bersama-sama 13 lagi rakan mereka di Bukit Jenalek.
Mereka membunuh dua daripada tebusan itu sebelum menyerah diri kepada polis pada 6 Julai berikutnya.
Untuk pengetahuan korang, kejayaan pihak keselamatan mengadakan rundingan dan menumpaskan kumpulan Al-Ma’unah tanpa sebarang pertumpahan darah adalah pengalaman berharga bagi Razak.
Dalam peristiwa itu, beliau ditugaskan memasuki kawasan kubu kumpulan Al-Ma’unah untuk melepaskan gas pemedih mata.
“Setibanya ke kawasan ditetapkan, kira-kira 30 meter dari kubu musuh, saya dan anggota membuat perancangan teliti supaya tembakan gas pemedih mata sampai ke sasaran dan tidak tersasar ke pasukan sendiri akibat tiupan angin,” katanya
Abdul Razak yang menerima pingat keberanian tertinggi negara, Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) pada tahun 2001, berkata, ketika memasuki kawasan kubu kumpulan itu, beliau telah terserempak dengan timbalan presiden Al-Ma’unah, Zahit Muslim yang sedang mengambil air sembahyang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment